KERAJAAN MALAYSIA

KEMENTERIAN KESIHATAN

MALAYSIA


PERMOHONAN UNTUK MENGISI JAWATAN KOSONG

 

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa memohon untuk mengisi kekosongan jawatan tetap bagi Kumpulan Perkhidmatan Sokongan di Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

 

1. JAWATAN

(A)             Atendan Kesihatan Gred U1

(B)              Pekerja Rendah Awam (Pekerja Am) Gred R1

 

2. KUMPULAN PERKHIDMATAN

Sokongan

 

3. KLASIFIKASI PERKHIDMATAN

Jawatan A - Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan

Jawatan B - Perkhidmatan Mahir, Separuh Mahir dan Tidak Mahir

 

4. GRED DAN JADUAL GAJI

 

A.                Atendan Kesihatan Gred U1

 

Gred U1 P1T1 RM 479.64 P1T16 RM 933.39

P2T1 RM 511.10 P2T16 RM 983.00

P3T1 RM 543.77 P3T16 RM 1033.82

 

 

B.                Pekerja Rendah Awam (Pekerja Am) Gred R1

 

Gred R1 P1T1 RM 479.64 P1T14 RM 872.89

P2T1 RM 511.10 P2T14 RM 920.08

P3T1 RM 543.77 P3T14 RM 968.48

 

5. TARAF JAWATAN

Tetap

1

6. SYARAT LANTIKAN

 

A. Atendan Kesihatan Gred U1

1.                 Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

 

(a)              Warganegara Malaysia;

(b)              Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;

 

(c)               Berpelajaran di peringkat Sekolah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan;

 

DAN

 

(d)              Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

 

(Gaji permulaan ialah pada Gred U1 : P1T1 RM 479.64)

 

Deskripsi Tugas :

 

Mengemas katil pesakit, memandikan pesakit yang tidak upaya, membantu kerja-kerja pendaftaran pesakit, mengambil pesanan ubat-ubatan dari wad/unit/stor, membantu dalam rawatan pergigian di Pasukan Pergigian Bergerak dan lain-lain tugas yang seumpama dengannya.

 

C.                Pekerja Rendah Awam (Pekerja Am) Gred R1

 

1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

 

(a) Warganegara Malaysia;

(b)              Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;

 

(c) (i) Tamat Darjah 6 Sekolah Rendah Bantuan Penuh

Kerajaan; dan

 

(ii)              Berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

 

(Gaji permulaan ialah pada Gred R1: P1T3 RM 540.14)

 

(d) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

 

 

2

 

Deskripsi Tugas :

 

Membersihkan kawasan persekitaran pejabat, memotong rumput, mengutip sampah, menanam dn menjaga pokok-pokok bunga, mengangkat barang-barang dan lain-lain tugas yang seumpama dengannya.

 

7. UMUR

 

(i)                Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;

 

(ii)              Pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan hendaklah berumur tidak melebihi 50 tahun pada tarikh permohonan;

 

(iii)            Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

 

(iv)            Bekas anggota tentera atau polis hendaklah berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh tutup iklan.

 

 

8. KEMUDAHAN-KEMUDAHAN DAN BAYARAN IMBUHAN TETAP

Anggota yang dilantik tetap layak menerima gaji yang ditetapkan mengikut skim perkhidmatan dan pelbagai kemudahan dan bayaran imbuhan tetap yang sedang berkuatkuasa di dalam Perkhidmatan Awam Malaysia seperti berikut :-

 

(i) Imbuhan Tetap Perkhidmatan Awam - RM 65.00 sebulan

(ii) Imbuhan Tetap Perumahan - RM 135.00 sebulan

(iii) Bayaran Insentif Wilayah (jika berkenaan)

(iv) Elaun Bertugas Rasmi

(v)              Cuti Rehat (20 hari setahun)

(vi)            Faedah Rawatan Perubatan (diri, isteri/suami, anak-anak dan ibubapa)

(vii)          Pinjaman Perumahan

(viii)        Pinjaman Komputer

(ix)            Pinjaman Kenderaan dan

(x)              Faedah Persaraan/Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

 

 

9. KEKOSONGAN / PENEMPATAN

 

Kekosongan jawatan dan penempatan calon-calon yang berjaya akan ditentukan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

 

 

3

 

 

 

 

 

 

 

10.      CARA MEMOHON

 

10.1.      Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang KKM.SM-1/99 Pin.1/2001 yang boleh didapati secara percuma di alamat berikut :

 

PENGARAH KESIHATAN NEGERI

JABATAN KESIHATAN NEGERI SARAWAK

JALAN TUN ABANG HAJI OPENG

93590 KUCHING

SARAWAK

 

ATAU

 

PEJABAT KESIHATAN BAHAGIAN

 

ATAU

 

PEJABAT PENTADBIRAN SEMUA HOSPITAL

 

ATAU

 

LAMAN WEB JABATAN KESIHATAN NEGERI SARAWAI DI ALAMAT http://www.sarawak.health.gov.my

 

10.2.      Pemohon perlu menggunakan satu borang sahaja bagi memohon jawatan-jawatan yang diiklankan dan borang permohonan boleh dibuat salinan fotostat, jika perlu;

 

10.3.      Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan satu (1) salinan fotostat sijil dan dokumen-dokumen berikut yang diakui sah:

(i)                Sijil berhenti sekolah bantuan penuh Kerajaan darjah enam (6);

(ii)              Sijil berhenti sekolah diperingkat sekolah menengah;

(iii)            Sijil SRP atau PMR;

(iv)            Kad Pengenalan;

(v)              Sijil Kelahiran; dan

(vi)            Sijil/Buku Tamat Perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia atau Polis Diraja Malaysia (Bagi Bekas Tentera dan Polis sahaja).

 

4

 

 

 

 

10.4.      Borang permohonan KKM.SM-1/99 Pin.1/2001 hendaklah diisi dengan lengkap berdasarkan panduan yang dinyatakan didalam borang tersebut. Nyatakan nama jawatan yang dipohon dipetak atau ruangan yang disediakan.

 

10.5.      Permohonan daripada pegawai-pegawai yang layak dibawah Kenaikan Pangkat Secara Lantikan atau sedang berkhidmat

dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Kuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan dokumen-dokumen berikut yang diakui sah.

 

(i)                Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini;

(ii)              Salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini; dan

(iii)            Surat Sokongan Ketua Jabatan.

 

10.6.      Permohonan berikut akan ditolak sekiranya:

 

(i)                Tidak disertakan dengan salinan dokumen yang disyaratkan di para 10.3 dan 10.5 (mana yang berkenaan);

(ii)              Salinan dokumen tidak dibuat pengesahan;

(iii)            Borang permohonan tidak diisi dengan lengkap / tulisan tidak terang (jelas);

(iv)            Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;

(v)              Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai dibawah Kenaikan Pangkat Secara Lantikan dan pegawai sedang berkhidmat; dan

(vi)            Borang permohon tidak ditandatangan.

 

11. TARIKH TUTUP IKLAN

 

11.1. Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 Disember, 2003.

 

5

 

 

12. ALAMAT PERMOHONAN

 

12.1.      Permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar terus ke alamat berikut :

 

PENGARAH KESIHATAN NEGERI

JABATAN KESIHATAN NEGERI SARAWAK

JALAN TUN ABANG HAJI OPENG

93590 KUCHING

SARAWAK

 

13. PANGGILAN TEMU DUGA

 

13.1.      Hanya calon yang layak selepas asas untuk penapisan sahaja akan dipanggil temu duga.

 

13.2.      Segala perbelanjaan untuk menghadiri temu duga tidak akan ditanggung oleh Kementerian ini atau Kerajaan.

 

13.3.      Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas sembilan (9) bulan daripada tarikh iklan ini hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

 

 

 

 

 

 

Pejabat Pengarah Kesihatan

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

 

 

 

Tarikh : 17.11.2003

 

HQ./Kuching

 

 

 

6